Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





I have Allah.
Friday, December 28, 2012 @ 4:29 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Nak sabar tu memang pahit. Sakit sangat hati ni. Tapi yang mampu dibuat dan memang Allah suruh buat sabar. Sebab sabar tu memang separuh daripada iman. Pahit memang pahit, sakit sangat sakit, tapi Allah dah janji, ganjaran kita dapat, pahala kita dapat, kemanisan Syurga dapat rasa.

Terkadang ujian yang Allah bagi ni kita rasa sampai nak bunuh diri. Acap kali kita kata, "Ya Allah, aku punyai masalah...sangat besar. Beratnya dugaanMu, ya Allah." Tapi sebenarnya kita terbalik. Kita patut kata, "Masalah, aku punyai Allah." Ingat, Allah tak akan bagi ujian dekat hamba Dia kalau Dia tahu hamba Dia takkan sanggup tempuh ujian tu. Dia tahu semuanya tentang kita. Hati kita. Dia yang cipta. Maka dia tahu.

Aku bukan nak kata, tapi memang aku dalam keadaan marah.

Aniaya orang ni besar dosa dia. Doa manusia yang teraniaya tu pulak dimakbulkan. Kau tak takut ke dengan janji janji Allah? Janji Allah itu pasti bukan mungkin.

Ingat, Allah tak balas dekat dunia apa perbuatan kamu, dekat akhirat pasti Allah akan balas tau. Akan. Tak ada tapi tapi. Kau buat orang terseksa, Allah seksa kau dengan lagi teruk. Paling teruk kau kena campak dalam neraka jahanam. Kau tak takut? Angkuh benar kau.

Kau tak akan dapat lari dari balasan Allah. Takkan. Kau tak malu dekat Allah? Ah soalan apa aku tanya. Sedangkan dekat manusia kau tak malu, apatah lagi pada Allah? Hinanya. Sangat Hina. Dipandang cukup rendah oleh manusia sekeliling kau.

Sekarang memang boleh gelak. Tunggu satu hari kau pasti pohon merintih merayu menjerit minta dilepaskan daripada diseksa. Janji Allah itu pasti. Tunggulah balasan Allah pada kau. Aku percaya apa yang boleh Allah balas lebih hebat dari apa yang boleh aku balas dendam pada kau. Aku boleh je bunuh kau kalau aku nak. Risiko dia dapat dosa besar, masuk jail, tak ke rugi aku dibuatnya? Tapi boleh buat aku puas.

Tapi takpe, kau yang seret diri kau masuk Neraka Jahanam tu sendiri, buat apa disebabkan perbuatan kau aku harus seret diri aku masuk Neraka sekali bersama sama dengan kau? Bodoh lah aku.

Ingat, dosa yang kau buat orang tak nampak, Allah nampak. Allah takkan pernah miss satu pun perbuatan yang kau buat. Malaikat sentiasa mencatat.

Dear people, dear enemies, dear problems, I HAVE ALLAH.



PAST
PRESENT