Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Tokwan, selamat hari lahir.
Wednesday, December 5, 2012 @ 2:54 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Malam tu, aku pergi rumah tokwan. Biasalah, ada kenduri dekat kampung, mesti lah visit sekali rumah tokwan. Macam biasa, macam selalu. Keadaan sunyi dekat rumah tu. Cuma ada beberapa penghuni yang jaga Tok (nenek) & Tokwan (Datuk).

Tok sakit darah tinggi, dan tak boleh jalan. Tok bukan lah lumpuh, tapi Tok cuma tak berdaya bangun. Belum cukup kuat. Mungkin lepas berusaha lambat laun nanti dengan izin Allah dapat lah Tok berjalan macam biasa. Tokwan pula, sama darah tinggi & stroke. Tangan kanan & kaki tokwan memang kaku & keras. Langsung tak boleh digerakkan. Aku nak angkat tangan tokwan pun perlukan tenaga. Sangat berat. Tapi tokwan mampu bergerak menggunakan tenaga anggota badan belah kanan. Tokwan suka mengesot berjalan keliling rumah dengan susah payah.

Sebelum tokwan sakit, tokwan suka naik basikal, masuk hutan semua. Hampir semua penduduk kampung kenal tokwan. Suka berkeliaran. Kalau aku balik kampung selalu pandang tepi tingkap dan cakap "Eh, tu tokwan!". Disebabkan itu bila tokwan jatuh sakit aku jadi kekok, tak ada lagi tokwan aku naik basikal..

Sambung, aku duduk sebelah tokwan. Tokwan bergerak bergerak lagak tak tenang. Tak tenteram. Tokwan seperti nak buat sesuatu yang aku langsung taktahu apa yang tokwan cuba nak buat. Tokwan tak boleh bercakap, sebab stroke. Abang Mir kata, tokwan nak bangun tu. Maksudnya nak duduk.

Jadi aku angkat lah tokwan untuk duduk. Tapi tokwan baring semula. Dan bergerak tak senang macam tadi. Aku jadi pelik. Tiba tiba tokwan tarik tangan aku. Tokwan gagah angkat kepala tokwan sendiri kemudian tokwan baring atas riba aku sambil pegang tangan aku. Consider it as tokwan tengah peluk aku =')

xxx

2-3 lepas hari Tokwan peluk aku, aku pergi terengganu.

7/8 hari aku menetap dekat Terengganu & Kelantan. Ibu & family lain kat rumah kat kl. Aku ikut cousin cousin je pergi sana. Rindu dekat ibu jgn cakap la, tak sabar sangat nak balik. Hari ke berapa entah aku telefon ibu, 

"Ibu, afiqah takde baju. Esok nak balik takde baju macam mana?"

"Mana lah ibu tahu. Fiqah kat sana. Ibu tengah siap siap nak balik kampung ni, Tokwan sakit. Tak sedar."

Tapi masa tu aku masih bentak kecil. Hati aku dihasut Syaitan. Apa yang ibu britahu aku seakan akan peduli sekejap sekejap kemudian tak peduli lagi. Yang aku fikir esok mahu pakai baju apa, soal tokwan terlintas sebentar cuma. :'(

Esoknya, patutnya aku ikut mereka lagi balik pergi terengganu. Sepatutnya dulu katanya esok aku dah balik kl, tapi disebabkan ibu balik kampung aku nak duduk dengan siapa kat kl kan? Pastuh tiba tiba Mak Uda tanya aku,

"Afiqah, jom balik kampung tau. Uda balik kampung."

Sebab rumah uda memang dekat dengan kampung aku.

Mulanya aku terlupa yang ibu ada dekat sana & terlupa yang tokwan sakit.

"Tak nak lah." Jawab aku.

"Tokwan kan sakit, ibu ajak balik."

"Eh, la ibu ajak balik? Lupa pulak. Okay!"

Setelah siap pack barang dekat homestay tu, aku tertidur.

xxx

Jalan terus, kemudian belok kanan. Langsir diselak sehingga ternampak tokwan berbaring atas katil dalam hospital. Aku dekati tokwan. Cuma ada aku seorang di situ dengan tokwan. Tokwan sedar, kemudian pandang aku. Aku peluk tokwan kemudian cium pipi tokwan. Tokwan senyum dengan susah payah. Tapi aku tahu tokwan senyum.

Aku peluk tokwan lagi.


"Umi fiqah, bangun umi fiqah. Mana baju balqish yang umi fiqah pinjam?"

Tiba tiba aku dikejut oleh Balqish. Rupanya yang di hospital tadi cuma satu mimpi. Padahal aku tidur baru sekejap.


xxx

Perjalanan untuk pergi penang dari Kelantan memang makan masa sangat lama. Dalam otak aku sangat tak sabar jumpa ibu ayah kakak & abang mir, dan tengok keadaan tokwan & tok. Dalam kereta waktu itu cuma ada 4 orang. Driver, abang ngah. Yang duk kat depan, pak Uda. Kat belakang, aku & mak uda saja.



Waktu dekat pertengahan jalan mungkin kira kira 20 minit dalam kereta telefon uda berdering. Aku dengar perbualan uda. Aku pasti sendiri yng telefon itu ibu. Diorang tengah berbual pasal Tokwan. Aku kisah tapi aku taknak tanya. Yang aku tahu Tokwan sakit perut, dari perbualan mak uda.

3 minit lepas uda tamatkan panggilan, uda pegang peha aku lagi. Aku pandang uda. Muka uda macam ada mimik muka sedih..

"Tokwan dah tak ada."

Aku pandang bawah, aku pandang telefon bimbit uda. Kemudian aku toleh belakang. Sembam wajah atas bantal berbentuk hati tepi tingkap. Air mata aku turun selebat hujan. Sedu sedan aku jelas kedengaran. Kesal aku pergi ikut saudara pergi Kelantan tak ada siapa yang tahu. Kalau aku boleh ulang masa aku tak mahu ikut diorang pergi kelantan & terengganu bersuka ria.

Malang sekali buat aku, aku langsung tak sempat tengok mayat Tokwan & wajah Tokwan buat kali terakhir. Kalau saja aku boleh ulang masa, cuma satu aku mahu, kucup dahi Tokwan buat kali terakhir.

xxx

Bermakna kali terakhir aku jumpa Tokwan waktu Tokwan peluk aku. & waktu aku mimpi jumpa tokwan. ayah & ibu kata orang lain tak sempat jumpa tokwan waktu tokwan hidup. Aku saja sempat jumpa tokwan masih hidup walau dalam mimpi.

"Mana lah tahu kan kalau tokwan pun mimpi jumpa fiqah?" -ayah

Tokwan pula pergi tepat 2 hari sebelum hari lahir tokwan.

Semalam hari lahir tokwan.

4 Disember 1935, hari lahir tokwan.

Ucapan hari lahir aku ucapkan depan kubur tokwan saja. Tokwan peluk aku buat kali terakhir waktu itu seakan akan dapat petanda. Lain rasa. Sunyi. Walaupun aku jarang jumpa tokwan, tapi rindu tu cuma Allah yang tahu.


2 Disember 2012 jam 11;35 pagi, Tokwan pergi.



(Lepas dah jumpa ibu baru aku tahu bahwasanya uda ajak aku balik penang masa tu mmg uda dah tahu Tokwan dah meninggal waktu tu cuma mereka rahsiakan dari aku..)








DAN..






Aku mohon, aku bukan minta simpati atas kepergian Tokwan aku sendiri. Tapi... Tokwan aku pergi, jadi janganlah ambil kesempatan apa apa.

Aku balik kampung, sebab kehilangan. Tokwan aku baru meninggal. Bukan balik saja saja. Ada lagi yang suruh kita buat macam macam. Tolong singgah itu singgah ini.

Faham kan sikit.

Jangan tunjuk kepentingan diri. Biar kami reda kesedihan kami dulu. Itu je.

xxx



Selamat hari lahir Tokwan.. ='(



PAST
PRESENT