Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Adorable kittens ;)
Tuesday, January 15, 2013 @ 3:12 AM


Bismillah, salam.

Hi korang.

Malam ini atau patut aku kata pagi ini bertemankan radio yang sedang memainkan lagu Yuna yang dulunya pernah jadi aku punya lagu fevret namun tidak lagi sekarang iaitu Terukir Di Bintang. (ceh aku kena nyanyi dulu untuk ingat balik tajuk dia) lagi ketara la bawahasanya ni bukan fevret aku lagi dah, sampai tajuk pun tak ingat.

Meh kita cerita pasal three adorable kittens aku. Asal sampai nak cakap tiga ekor anak kucing je mesti three adorable kittens, bajet omputih tiga perkataan je pun nak poyo. Heh. Ye la, ok la tu tiga perkataan, dari 'sorry' satu perkataan je ha nak poyo omputih gak padahal aku pun guna. Eh apa apa je la....

Anak anak kucing yang aku dapat dari abang faiz (mekasih abg faiz) terisi sudah masa lapang aku. Mesti basuh taik kencing dorang dalam litter box. Tu pun alhamdulillah engko dah pandai berak dalam litter box. Kalau tak, jenuh aku kena basuh simen simen tu sekali. Menyusahkan aku je. Hehe, menyusahkan pun tetap sayang. Muah muah.

Dulu aku bela dua ekor je. Pastuh tetiba abang faiz bagi extra lagi sekor sebab ibu abang faiz tak mampu nak jaga. Banyak sangat ekor kat rumah. Nasib baik bukan ekor je. Kucing sekali la. Ekor sape nak jaga?

Yang paling annoying, manja, paling besar antara yang lain (big bro la ni), over playful, kalau dia hilang atau aku taktau nak cari kat mana aku gerak gerak kan je lidi ke hanger ke confirm muncul dari celah mana aku pun taktau. Pantang tengok benda gerak mesti nak kejar. Sampaikan tangan aku dengan kaki aku pun dia ingat mainan. Over ko ye. Dan nama dia Noddy.

Make way for Noddy.

Noddy! Sebenarnya nama ni aku letak sempena nama kura kura aku yang dah meninggalkan dunia yang fana ni setaun lepas T_T sobs. I miss you Noddy. Ni ha, Noddy.



Noddy je wangi. Dia je aku mandikan tadi. Pastuh menggigil gigil kesejukan. Vroom vroom badan dia macam motorbot. Dan dia takut dengan Bambam si stray cat tu. Asal bambam datang je mesti tercegat pandang Bambam. Pastu bontot tinggi. Akibat ketakutan yang maksimum, sampai terberak ketakutan si Noddy ni. Hamboi kau. Nama je anak jantan yang sanggup berkorban tak tidur atas litter box demi adik adik sanggup tidur kat simen sejuk sejuk tapi kecut gak ngan Bambam yang manja tu kahkahkah. Aku paham... Kang dia makan korang aku yang menangis 30 hari 30 malam. Silap silap aku bunuh Bambam tu. Cewah aku yang over =p


Ha, ni pulak si Frangipani. Manja sungguh. Betina ke jantan aku taktau. Gaya macam betina, tapi rasanya jantan hahaha lol. Gambar dia paling sikit dalam phone. Mahal sangat ye kau. Pakai niqab la senang sayangku.


Ini pulak paling kenit dalam family. Comel gile. Kekadang aku tak berani angkat dia. Dia berjalan pun nampak tulang kot!! Tapi comels =p Ah, semua kucing comel. Kucing hitam pun aku geram macam nak picit ini kan lagi oren. Nama dia OB. Aku taktau nak bagi nama apa so OB je la yang stands for Orange Boy. I love you kenit. Dia ni manja. Takde lah manja sangat sebab kecik. Tapi kalau aku dengan adik beradik dia hilang dari pandangan mula la meowww. Aku panggil dari jauh dia datang terkedek kedek lari. Comey sungguh.


Ha, ni tadi aku borong sakan barang dorang. Lupa pulak nak amik gambar scoop yang comel tu. Haha semangat aku nak amik taik dorang sebab scoop yang comel dan litter yang wangi bau apple. Borong untuk dorang bekas makanan, etc etc ni pun habis dalam 70 ringgit. Kakak kedai tu pun kata,

"Ni baru borong untuk kucing, belum lagi untuk diri sendiri.."

Aku setuju betul kahkahkah. Sehari dorang duk dalam cage tu, dorang berak dalam cage merata rata! Alhamdulillah lepas beli litter, berak kencing dalam litter tak payah ajar dah. Lega sangat. Tunggu benda ni berjalan selama beberapa minggu untuk pastikan dorang memang pandai berak kencing dalam litter, aku akan jadikan mereka ni indoor cat. Tapi disebabkan family aku tak suka sangat kucing, aku letak dalam bilik aku je la. Terlampau indoor. In in in door kan?

Tau tak bau litter dorang wangi gila? Aku rasa macam nak makan sebab bau apple! Disebabkan bersih, dorang siap tidur dalam litter tu lagi.. Padahal dah kencing. Sebab tiap kali aku nampak dorang berak terus aku sapu. Sian dorang kang busuk. Tapi aku rasa dorang takkan bau pun busuk. Litter tu banyak, wangi lagi.

Sabun mandi pun sangat wangi. Macam bedak baby. Tadi bagi mandikan Noddy. Padahal dah malam. Menggigil dia. Biasa la tu. Aku mandi pun gigil jugak. Haha. Taknak dah bagi mandi malam malam. Sian dia. Wangi betul badan dia macam baby. Siap cium cium.

Frangipani besok la mandikan. OB tak payah. Kecik lagi. Lagi sejuk gamaknya. Kang tak pasal jadi macam sphynx. Takde bulu. Hahaha. Aku suka peluk Noddy. Sebab dia je besar nak peluk. Lain semua kenit.

Kesian gak kat noddy tidur beralaskan simen je. Malam dah la sejuk. Siang pulak panas. Simen kaca kaca ni ikut je cuaca. Macam lantai kita pijak la. Terlupa nak borong kain tilam untuk kucing ni. Esok memang nak beli..... Tolonglah afiqah, jangan lupa.

Kalau ada baju aku nak beli baju sekali =p

Kalau boleh duit aku kumpul selama ni memang habis tuk dorang je. Kahkahkah.

Walau bagaimana pun, aku takkan lupakan Bambam si stray cat kotor. Kalau datang sini tetap dibagi makan. Belai manja :) Aku sayang Bambam ni. Haritu balik sekolah sampai tunggu tepi tingkap tunggu dia datang. Dah ada tiga ekor ni takdelah tunggu sangat. Dia datang sendiri je mintak simpati. Aku sayang kat Bambam ni. Ok berape kali nak ulang. Bye. Assalamualaikum. Pasni nak bagi dorang makan Science Plan. Gemok sikit! Haha goodbye~~



PAST
PRESENT