Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Meow meow meow.
Sunday, January 6, 2013 @ 6:06 AM


Bismillah, assalamualaikum.

Binatang apa lagi yang berbunyi 'Meow' selain kucing? Meowww~~~~~ Okay mungkin manusia pun bunyi meow. Siapa? Aku. Fake meow. Haha. Dah lama aku punya hasrat nak memiliki/membela seekor/dua ekor/tiga empat lima nam kucing. Tengok ramai je sekarang sangat ramai bela kucing (ceh kenapa kena ikut orang). Pastu aku pun mesti la nak jugak. Sebenarnya post ni dah lama nak buat tapi baru pagi ni ingat balik. Takut lupa baik update terus baru tidur.

Pada mulanya aku teringin nak bela arnab. Dah lama nak bela arnab tau dah lama sejak azali lagi tapi aku rasa arnab susah nak bela lagipun aku takut arnab wakakaka. So aku lebih kepada kucing tapi hati aku nak bela kucing ditentang hebat oleh keluarga aku sebab semua family aku bukanlah penggemar kucing macam haku.

Senang kata dorang takut dan geli dengan kucing.

Kecuali ayah.

Ibu dengan kakak tahap ketakutan kat kucing tu memang high. Si abang amir aku taktau dia rasa apa kat kucing. 50-50 kot. Wallahualam boleh tanya dia sendiri kat ask fm wakaka. Aku ni pun bukan la berani sangat dengan kucing. Cakap pasal dia gigit dengan cakar memang terus takut. 

Kalau la kucing tak buang air dan tak mencakar dan menggigit...... ehem.

So whatever what am i talkin about.

Abang Faiz ada bagitau aku, dia nak buang baby kucing dia sebab apa entah aku pun taktau. So aku pun girang sekali. Eh, aku bukan seronok sebab dia nak buang kucing dia. Ko hengat aku kejam sangat ke. Haha. Seronok sebab abang faiz nak bagi kucing tu... pada aku.

Yeppee.

Tapi ada la aku amik masa lama nak fikir.

Macam mana dengan familyku...

Adakah mereka akan mengizinkan....

Ah tapi aku tak peduli semua tu lagi. Aku terus terima je kucing tu. Bila dah dapat, aku tau family aku tkkan kasi buang punya. Tengok kecomelan dia boleh terpukau tau.

Pada suatu hari aku dah jaga la kucing tu dalam 4 5 hari ke aku pun tak pasti. Pastu aku nak pergi rumah saudara, rumah tinggal kosong. Taktau sape nak jaga kucing tu. Maka aku pulangkanlah kucing tu balik kat abang faiz. Just for a couple days. Pastu nanti amik la balik.

(padahal dah 7 hari sampai sekarang tak amik balik, besok baru amik.)

Aku haritu jaga Noddy & Frangipani. Ceh baru jaga berapa hari dah dapat nama. Noddy tu sangat playful. Tahap playful dia ya Rabbi.... nak kejar masuk cage nak amik masa belas minit jugak la. Kekadang aku rasa fed up. Memandangkan abang faiz ada sekor anak kucing lagi warna oren, aku decide kali ni nak tukar. Aku taknak dah jaga playful tu. So aku nak amik yang oren. Dengan frangipani macam biasa dia colour putih.

Playful tu besar sikit saiz dia sebab tu playful over nak mampo0o0o0Oos. Haha. Taubat taknak jaga kucing playful gitu dah ha. Tak sanggup. Tak sanggup. Tak sanggup. Tapi aku siap letak gambar si Noddy wallpaper phone. Seganas ganas dia, aku rindu sangat kat dia T___T Tapi aku takmau amik risiko jaga dia T_T Waaaa noddy i miss you.

(Time gambar kat bawah ni je dia jinak duk atas aku atas katil. Malam tu si frangipani berak atas telekung aku. Besok tu pulak si noddy berak atas katil. Diorang ingat katil aku litter box ke apa)



Tadi pulak, ada sekor kucing jalanan ni. Datang rumah aku. Cantik kucing dia. Besar dah, gemok gedempol. Manja gila. Tapi kotor. Sangat kotor. Luka sini sana. Kesian tengok. Tak jejak kaki masuk rumah pun. Mengiau je kat situ padahal grill tak tutup, boleh je dia masuk. Tapi aku tau dia saja bajet buat muka kesian dulu. Haha.

Memandangkan aku ada whiskas anak kucing si Noddy dengan Frangipani punya, aku bagi la dia makan. Usap usap sikit. Siap keluar rumah nak usap dia. Dia ada la usap kepala dia kat aku. Habis satu baju dengan seluar penuh dengan bulu gugur. Terus tak duduk atas sofa. Kesian kucing tu tengok. Tapi lepas dah manja, dia dah kenyang, aku pun dah tutup pintu, dia pun lari balik entah kemana.

Baru je main dengan dia dalam 20 minit aku dah sayang. Ayah pun main jugak dengan dia. Kakak dengan ibu paham paham la......... Ahaks.

Aku harap besok dia datang lagi. Abang mir kata dia memang biasa datang. Tak silap aku masa dulu, dia pernah datang tapi masa tu kurus je. Bukan la kurus sangat tapi maksud aku takde la gemok macam ni :O Macam harimau versi kecik. Menakutkan tapi comel so tak boleh deny aku kena jugak usap dia. 

Bercakap pasal harimau, ayah ada bagitahu aku tadi, masa dulu dulu arwah tokwan & tok ada pernah ada kucing. Pernah ada ular masuk rumah, kucing tu meow dekat arwah tokwan bagitahu. Pandai kan kucing tu? Tapi ayah kata kucing tu jinak tapi garang. Jinak gitu gitu tapi dia tak boleh orang sentuh nanti dia marah.

Kakak aku pulak kata, aku pernah pegang kucing tu & main main dengan kucing tu. Aku tak ingat satu pun sebab aku kecik lagi masa tu. Ayah aku kata kucing tu kucing hutan, cantik macam harimau. Tapi kecik. Dia dah takde sebab ada orang tangkap. Sebab cantik..

Tu je la aku tau.

Sekarang ni aku tengah nak bela kucing jalanan yang aku jumpa tapi taktau macam mana nak bagi dia stay rumah aku. Maksud aku jadi hak milik aku sepenuhnya. Ni tiap malam je datang mintak simpati pastu blah balik tak best la. Sape tau?

Dan nak train kucing berak kat toilet. Dah banyak cara aku cari. Sekarang on the way nak cari litter kwitter jual katne.

Maaf la entry panjang. Haha. Sape baca dari atas sampai bawah memang rajin.



PAST
PRESENT