Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Sape lagi comel? =p
Thursday, February 14, 2013 @ 1:27 PM


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum!

Lama rasanya tak sentuh blog ni. Tapi takpe, since i express my feeling alone je takde pembaca, tak update sebulan pun takde sape kisah hehe. Cuti seminggu tak buat pape pun. Duduk rumah terkangkang je. Hajat nak rasa oreo crepe kak sayang raya cina tak tercapai jugak. Anywayyy, my wish to buy a litter kwitter will forever remains a wish. Sebab aku dah beli smartsift so macam rugi la kalau nak cari LAGI litter kwitter. I didnt regret it anyway. Smartsift made my work easier. Bye, scooper =D

Aku beli ni dah lama. 2 Dec dulu. Smartsift ni still baru lagi. So, tak ramai sangat yang ada. & harga dia lebih kurang mahal jugak. Depends tempat la. But however, its worth it. Really. Boleh google dia macam mana, but lemme show you a picture of MY smartsift ;)




Besar gedabak kan? Kalau letak kucing dalam cage, memang takkan muat macam mana pun. Lagi besar, lagi tinggi dari cage. Bawah dia tu tinggi, so first time nak bagi kucing guna (if dia kitten) kena la letak mcm tangga? Kerusi ke, bantal ke.. Dia swing door so mcm kucing tak pandai sangat nak keluar masuk. Lain la kalau dari awal memang dah train masuk hooded litter box. So maybe dah biasa. 

Dulu ada la aku guna bantal letak dua bantal kat bawah tu, seminggu kemudian aku buang satu bantal. Lepastu tak guna dah. Time first day aku beli, kucing aku tak pandai masuk dalam. So aku masukkan sekor sekor dulu. Dah tu tak pandai keluar pulak. Meow meow dalam tu. Bising macam hape. So tolak tolak pintu tu sikit. Amik tali hayun depan swing door, nanti dia terus lompat tak pedulikan benda lain dah. Ha kau. Cuba kalau tu cermin, terhantuk kang haha.

Dah lama lama train 2 3 kali masuk keluar masuk keluar, dorang pun dah pandai.




Tu OB. Waktu tu first time masukkan dia ((nak train la ni)), dah tu dia tak pandai keluar, dia lepas tension, dia berak. Wakakakakakakaka. Lepastu entah secara tiba tiba pandai pulak dia keluar. Alhamdulillah berjaya jugak aku train dorang. So takde la kena scoop taik dorang hari hari. Letih, tahu? Dah la busuk. ((ada pulak taik kucing bau perfume?))

Sejak beli smartsift ni aku dah tak boleh kurung dorang. Ye la kalau letak dalam cage je, mcm mana nak berak kan, dah litter box kat luar? So berkat idea abang aku yg ((agak pandai)) la jugak, berjaya cari jalan. Dan ni hasilnya;



Cool kan? =p Macam toilet. Sebenarnya bukan nak sangat kurung tapi nanti nak reverse kereta takut dorang ada bawah kereta ke apa kurung jap. Lepastu malam pun mesti kurung. Dorang ni jenis taktahu nak tido tempat sendiri. Merata rata tido. OB tu lagi la, suka tidur dalam kasut. Celah rak kasut pun boleh. Tak cukup best ke dalam cage tu? =p

Oh ye, kalau nak beli, setahu aku ada empat tempat je. KittyWorld, Kucing4Sale, 2 lagi lupa nama. Aku beli dekat kucing4sale. Dia jual kat rumah. Semua barang haiwan ada kat rumah dia. Murah murah lagi. Kalau ikutkan sekarang ni MAYBE la kat kedai petshop biasa ada kot? Kat kedai dekat dengan rumah aku ni pun ada, harga rm180. Kebanyakan kedai rm180 keatas. Paling kurang aku jumpa rm175. Sebab tu aku suggest beli dekat kucing4sale, dia jual rm155 je. Stock pun cepat habis sebab murah. Tapi rumah dia jauh sangat dari rumah aku. Kalau rumah korang dekat dengan Mid Valley tu, ha dekat sangat lah dengan rumah penjual ni =) 

Carrier pun dia jual agak murah. Kat tempat lain carrier size M hampir 80 ringgit. Kat situ 50+ je ;) Ada jugak yang jual online. Tak suka sebab kena tunggu lama, dalam 3-5 hri baru sampai. Nak kena bayar postage lagi, kalau free postage ok la. Oklah whatever, moving on..

Anyway, jom baca ni. Inspired by kak Izzy hehehe. Saje testing.





















Bye! =D



PAST
PRESENT