Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Chin up. =)
Tuesday, March 26, 2013 @ 4:46 PM


"Kau rasa aku kuat?" 

 "Kenapa tak?" 

 "Aku rasa aku tak kuat. Aku tak boleh handle semua ni." 

 Sandar ke dinding. Muka disembam ke lutut. Tangan memeluk kaki sendiri. Pilu. 

 "Then, kau ingat Dia kejam nak bagi ujian dekat kau, padahal Dia tahu kau tak mampu handle? Dia tak kejam." 

 "Aku tak cakap Allah kejam." 

 Angkat wajah. 

 "Habis?" 

 Diam. 

 "Kau kena kuat." 

 "Aku tak mampu." 

 "Tapi kena jugak." 

 "Aku tak tahu macam mana nak lari dari masalah ni." 

 "Siapa suruh kau lari?" 

 "Habis, apa aku kena buat?" 

 "Selesaikan. Bukan lari." 

 Diam. Rasa macam ditampar angin. 

 "Caranya?" 

Tepuk bahu kawan di sebelah. Senyum.

 "Minta petunjuk Dia." 

 Hela nafas panjang. 

 "Kau bukan dalam kasut aku, kau tak faham." 

 "What are you trying to say? Cara kau cakap ni, macam kau, tak redha dengan ketentuan takdir." 

 "I hate my life." 

 "Life kau Dia yang tentukan semua. Siapa kau nak benci apa yang ditentukan olehNya?" 

Diam. 

 "Bukan macam tu." 

 "Sampai bila nak macam ni?" 

 "Sampai bila nak macam ni, apa?" 

 "Bersyukur lah." 

 "Ada yang lagi susah dari kau." sambungnya.

 "Ada yang tak pernah rasai kesenangan." tambah dia lagi. 

Air mata mengalir. 

 "Mana kau yang dulu?" 

 "Ini aku yang baru." Mengeluh.

 " Yang lemah?" 

 "Lembik?" 

 "Lupa Dia?" 

Memalukan. Heh. Sinis. Kata kata terakhir dia buat aku rasa ditampar sekuat mungkin. Pang! Inject me with motivations. 

 "He loves you." 

 "Aku rasa macam hidup aku tak bermakna bagi sesiapa pun. Orang tak sayang aku. Tak ada siapa pun sayang aku."

 "Allah sayang kau." 

 "Cuma Dia." 

 "Dan dia. With no capital D." 

 "Siapa?" Senyum. "Our Prophet. Muhammad bin Abdullah." Senyum makin lebar. 

 "Orang tak perlukan aku." katanya dalam tangisan. 

 "Hidup ni, bermakna bila kau tunjuk bahawasanya kau perlukan Allah."

Senyap. "Penghargaan manusia atau redha Dia? With a capital D." 

Angguk. "Oke, aku faham." 

 "Thanks." Senyum. 

 Hati kental. 

 Iman kukuh. 

 Apa la sangat, sekadar tentang manusia aku harus bersedih.. 

 Orang pesan, 

 Jatuh kerana manusia. Bangkitlah kerana Allah. 

 Kau kuat.



PAST
PRESENT