Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Strays belakang rumah,
Tuesday, March 5, 2013 @ 11:41 PM


Bismillah, salam.

Kat belakang rumah aku ni, ada lorong. Bukan lah lorong yang merbahaya. Biasa la belakang rumah orang je, ada laluan nak pergi surau kot. Longkang dan benda benda biasa. Dah belakang rumah takkan istana pula kan.

So there r alot of stray cats there. Banyak sangat. Kebanyakkannya sangat muka kesian. Kalau aku boleh bela semuanya, aku akan. Tapi nasib baik tak menyebelahi. Aku tak mampu. Setakat bagi makan, aku boleh.

Ada mak, dengan 2 ekor anak dia.

Ada mak dengan sekor anak dia.

Dan berekor ekor lagi. Memang banyak. Kalau keseluruhan mungkin dalam 11 - 13 ekor macam tu. Tak sempat nak kira. Tapi memang banyak sangat. Berapa kali dah aku nak mention ada banyak.

So tadi, sambil main dengan Noddy, OB & Frangipani, jalan jalan belakang rumah. Nak tengok kucing banyak banyak tu. Semua lari. Yang mak dengan 2 ekor anak tu je ok lagi. Memang dorang lari, tp takde la terkedek macam lipas kudung. Dekat je lari. Yang lain, sampai tak nampak langsung dah. Mungkin trauma dengan manusia. Pernah ditendang, atau memang takut. Wallahualam.

Aku balik rumah, amik ayam goreng 2 ketul. Hancur hancurkan. Letak dalam bekas cheesy wedges kfc. Takde bekas lain. Tak sempat nak cari sebab time tu dah nak masuk maghrib. Taknak lambat lambat, so amik mana yang ada depan mata je.

Bila berjalan pegi belakang, Noddy & Ob temankan. Tapi dorang pulak ha yang nak makan ayam tu. Tension betul aku. Orang nak bagi kat strays, korang pulak sibuk. Macam la tak pernah makan. Dah dapat nugget kfc, nak lagi ayam goreng mamak? Melampau hahahaha.

Bila aku nak bagi, kucing kucing kat situ semua lari. So aku terpaksa berpeluh nak panggil dorang. Yang mak dengan sekor anak tu, mak dia memang takut betul. Aku rasa aku sangat jauh dari dia. Baru nak berjalan satu tapak pergi kat dia, dah lari sampai masuk longkang. Nak menyelamatkan diri. Anak dia pulak, 2 kali 5 je.

Walau bagaimanapun, anak dia boleh tahan lagi. Aku bagi ayam, dia datang jugak. Sampai at last, aku berjaya usap dia oke. Hehe. Ni gambar anak & mak dia.



ni maknya. Penakut sangat.


Ni si anak. Baru nak berjalan datang kat ayam.


Makin dekat.


Dan nyam.


Masih dalam longkang.






OB sibuk nak tengok stray. Tak pasal dia pergi hiss kat kucing tu. Garang.







Comel kan? Ada warna hitam bawah hidung, macam misai eehehehehe. Ha, nampak tak. Susah tau nak amik gambar mak dia. Jauh benar. Nasib la camera ada zoom.

Kemudian, yang mak + 2 ekor anak. Dorang ni, pun takut sangat jugak. Tapi tak macam mak yang tadi. Yang ni lari dekat je. Tapi dorang tak makan depan aku. Muka dorang memang menyedihkan. Mata sakit. Rasa nak cium cium. Nak dekatkan ayam dengan dorang, tak sampai. Dorang dalam pagar rumah orang. Kang kena marah pulak. Tapi aku pasti dia bukan kucing orang. Teruk benar keadaan.










Kesian betul :( Lagi sekor anak dia susah nak amik gambar. Masuk dalam longkang. Warna oren putih. Ade amik suku gambar dia, kena halang dengan pagar. Hampeh.


Oklah. Sampai sini je. Hope esok boleh jumpa dorang lagi :) Hope ramai bagi dorang makan. Hope dorang sihat. Hope dorang panjang umur. Amin.



PAST
PRESENT