Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





Monterez ((agaiiiin))
Thursday, March 28, 2013 @ 3:23 PM


Bismillah, salam!

(haruslah letakkan tanda seru bila nak cerita benda essaited)
(i know how to spell excited ok aku saja je)

So semalam, aku pergi Monterez lagi. Dengan Alisa. Kali ni cuti aku spend bebaik kot hahah sebab setiap kali cuti panjang je konfem duduk membongkang depan laptop makan tido aje. Macam boring gila je life. Hek eleh. Homework pun tarak sentuh.

2 hari lepas, plan dengan kengkawan. 

BESOK BANGUN AWAL OK. AKU AMIK KORANG PUKUL 9.

Korang tu adalah, Arianna, Alisa & Dina. Tapi Dina tak boleh pergi lah pulak sebab Sabtu lepas kitorang baru keluar. Arianna pulak taknak pergi sebab Dina tak pergi. Hoh, sweet sangat la tu. Cewah.

Maka at the end, dengan Lisa je la.

Aku punya janji nak amik pukul 9 tu melalut sampai pukul 11. Kahkahkah.

Sebab aku bangun pukul 10 15. Dah lah tak pack barang untuk mandi lagi. Aku ni paling lemah bila nak pack. Ada je benda nak hilang. Malam sebelum pergi tu aku cakap dekat Lisa, alah besok pagi kan boleh pack. Hamek kau, lagi melambatkan masa.

Nasib baik la Alisa whatsapp aku, 'Amik aku pukul 1030 boleh? Aku sakit perut.' time tu pukul 9 43 kot. Aku tak bangun lagi. So bila aku bangun pukul 10 15 tu, aku lega la sikit. Ada la time 15 minit untuk aku pack. 

Dah kata nak mandi kolam, so aku tak la mandi kat rumah.

Sesampainya kami di Monterez dengan pakaian kolam (memang obvious nak mandi kolam ni), baru sampai kat counter, dia tanya....

"Nak mandi kolam eh? Kolam tutup. Pukul 2 nanti baru buka. Diorang cuci."

Time tu baru pukul 11.

Aku dengan Lisa pun dah taktau nak gi mana. Abang Mir yang tukang hantar kitorang tadi dah pun blah. Nak call balik rasa bersalah okay. Sebab balik semua dia yang punya kerja. So kitorang tunggu dalam monterez tu sekejap sementara nak fikir nak kena buat apa. Lama sikit, kitorang jalan pergi tempat Bowling. Dalam Monterez jugak tu. 

Pergi naik Bowling, dia mop lantai. Gaya tak ada orang. Baru nak masuk tanya, baru sedar, eh hello. Pakaian pun baju mandi lagi, kahkahkah. Lepastu pergi balik tempat kolam tadi, masuk toilet tukar baju. Dengan tak mandi lagi tu -_-

Sudahnya tukar baju, kitorang pergi dekat kolam. Saja nak tengok, diorang cuci macam mana. Bila dah sampai, 11 47 minit time tu. Tak cuci pun. Tapi kitorang saja je la duk situ jap. Ada kerusi kat situ. Since taktahu nak buat apa. Pastuh india tu tegur (penjaga kolam something?)

"Nak mandi ke? Boleh. Tapi pukul 12 kita nak cuci. Pukul 3 baru habis."

Hak elah. Tadi cakap pukul 2! Lepastu macam, baik tak payah. Dah lah dah tukar baju. Lepastu dapat mandi 5 minit je. Baik tunggu. Lepastu tanya la, Bowling tu, cuci jugak ke.. Dia cakap tak. So jalan balik pergi tempat bowling. Haha, penat tau.

Masuk tempat bowling, memang kosong. Kat pintu masuk tulis Closed. Tapi ok je masuk. Dia cakap, tepat pukul 12 baru la bukak. Kira kira lagi 3 minit jugak lah. Dalam tempat Bowling tu, ada jual maggie air semua. Order dulu. Lepastu pergi counter balik, bayar, main bowling.





Time nak bayar tu, dia tanya lane apa semua. Memang tak tahu langsung la. Seumur hidup, tak pernah langsung aku main Bowling. Tapi at the end, faham jugak lah apa dia maksudkan. Kat counter tu pun, ada tulis harga semua. So kitorang main 6 game. Ni adalah untuk habiskan masa sementara nak tunggu sampai pukul 3 -_-

Sambil main bowling, sambil makan. Baling 2 3 bola, kejap lagi duduk, makan maggie. Maggie tomyam lagi. Dengan tak order air lagi time tu. Hahaha.

Jangan tanya la, aku main bowling memang kuno. Strike pun takde langsung. Tapi aku rasa ok la jugak, first time kot haha. Alisa pun 2 kali 5 je dengan aku kahkahkah. She's better sikit kot? Erm :p








Habis 6 game, pukul 1 macam tu. Eh stress betul. Rasa lama je, tapi baru sejam. Order milo panas, milo dia macam milo kat mamak je. Tapi harga rm3. Mahal gila pulak. Nak cancel dah takde masa ok, memang makanan kat situ semua mahal. Kat food court dia apatah lagi. Dengan dahaga time tu, so bantai la. 3 ringgit pun 3 ringgit la. Kat food court dia, amik ice cream 2 pun dah rm 5. Amboi. Taubat taknak makan situ dah. Pergi lain kali, memang bawak makanan sendiri. Heh.



motif gambar? idk. lol

Lepas taktau apa nak buat, kitorang decide pergi kolam balik. Tengok kolam. Pastu, tanya orang kat kolam tu, ada apa je lagi mainan kat sini yang boleh main sementara nak tunggu kolam habis cuci. Dia kata takde dah. Memang bowling je. Other than that, ada la tennis. Tapi kena bawak semua sendiri. Bola tennis etc.

Lama sikit, turun bawah pergi kat india kolam tu, duduk jap.

Tetiba dia tegur, nak mandi kolam ke? Ni india lain dah ni. Bukan yang tadi. Yang tadi tu dah entah pergi mana.

Lepastu aku pun macam, 

"Tadi kata cuci?"

"Sudah habis."  

Walaupun bengang, tapi happy. Bengang la sebab time tu baru pukul 1.40 macam tu. Byangkan kalau kitorang duduk kat bowling melangut sampai pukul 3? Ish. Penipu besar je yang lain tu. Terus bayar untuk kolam tukar baju semua, terjun.

Yang peliknya, kolam tu macam tak cuci je -____-

Lantak la. Kitorang mandi sampai pukul 3 lebih. Sebab hujan. Baru ingat nak rendam lama lama, tapi nak buat cemana kan. Hujan tu terus masuk toilet, mandi semua. Time mandi tu, ada la perempuan cina ni 4 orang. Dengan sorang lelaki.

Tengah tukar baju dalam toilet tu, diorang ni semua masuk. Dengan lelaki sekali tahu?! Masuk sauna sama sama. Bengang gila aku. Dah takde otak ke apa? Kalau lelaki tu kecik lagi lain cerita. Ni dah besar panjang hokay. Eh, nak cakap cina takde otak kang ha. Masuk toilet perempuan, takde adab langsung.

Nasib baik aku dah full pakai baju masa tu. Tudung je belum sarung. Terkejut ok. Bodoh sangat. Minah minah cina tu, memang mintak penampar -_-

&....... sampai disitu sajalah kisah kita. wakaka. goodbye!



PAST
PRESENT