Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





curve lagi?
Saturday, June 1, 2013 @ 4:17 AM


Bismillahirrahmanrrahim, assalamualaikum!

Rabu lepas, cam biasa kelas Violin. Cikgu dah belikan violin wuhu.



Siap ada nama. Nama dia, Lumos. Lumos kan dalam cerita Harry Potter macam lampu. Tapi bagi indah sikit kita anggap dia Cahaya. Kononnya cahaya kehidupan? Eh????? Nama islamik dia Nur lah kot? Wakakaka, entah jangan layan aku ni. 

Perasan tak ada OB menyelit di sudut gambar tersebut. Main dengan zip.

Moving on..

2 hari lepas, pergi Curve lagi. Kakak dulu kan dapat baucar buku tu, yang BR1M tu, lepastu perasan tak guna lagi. Expired date dia semalam. So alang alang tu aku pun nak outing before balik kampung kan, guna sekali baucar tu ha. Tak banyak dapat beli. Aku main hentam je sebab baucar RM50 je. Buku pun semua mahal mahal, stationery lagi. Memang kena pilih betul betul. Taknak keluar duit (tapi at the end keluar jugak) seringgit je la :p

Aku pergi dengan Lisa (cam biasa la kan), Jiha & Farah. Baru la happening sikit. Keluar berdua je boring....

Sesampainya kitorang di sana, terus makan. Jiha disebabkan dia dah makan kat rumah, boleh la relax. Yang kitorang lapar macam hape. Tak boleh tahan hahaha. & ofcourse makan kat Waroeng Penyet lagi. Terliur pulak rasa sekarang




Lepas makan tu baru straight pergi MPH nak guna baucar. Nak selesaikan benda yang patut dulu, kang terlupa, parah dibuatnya. Nak pilih buku kemain lama. Lepastu mula adegan tak cukup 9 ringgit, tak cukup 70 sen, stress....



& then kitorang straight pergi wayang & karaoke. Tapi sadlyyyy, karaoke renovate tau so tak boleh masuk la kan, tutup dah. Wayang pulak memang target nak tengok Fast & Furious 6. Tapi baru je sebut "Fast & Furious 6...." dia dah "bawah umur tak boleh masuk." dengan belagaknya. Sabar je, atleast bebaik senyum sikit tak boleh? Ke bagi kitorang habis cakap dulu. Ni muka hadap monitor tu je, lepastu camtu. Kitorang pun blah je la kan. And ofcourse, blah dengan belagak sekali.

Ni aku bengang bila orang yang baru kerja kecik kecik camtu dah belagak tahap hergh, menyampah sampai sekarang.

Mengikut plan terus kitorang pergi tempat arcade. Bumper car & basketball. Rasa macam nak main bumper car taknak stop. Basketball pulak lenguh tangan ~.~ Ada ke patut dorang baling bola kena dekat aku. Sedih. Hahaha.




& then jalan jalan. Paling sedih takde The Street. Kitorang jumpa artis, sape entah nama, Akashah? Entah cemana eja nama dia, malas nak google hehe. Lepastu nyanyi lagu dia tengah jalan wahaha.

"Gigit gigit cuping telinga mu." LOL.

Tengah jalan tu, ada jual bracelet ha. Cantik sangat. Tapi tengok harga charm dia pun dah mahal, lagi lagi bracelet dia. Lepastu tetibe akak kedai tu approach dan kata ada promotion, amik dua charm & bracelet total rm10 je. Untung sangat la sebab charm tu kalau 1 je dah 7 ringgit, kalau dua dah 14, dengan bracelet lagi mungkin dalam 20 something kan. Terus pilih dengan rambang matanya charm dia semua lawa.





Lama gila tercongok memilih dekat situ. & finally lepas puas dengan keputusan (cewah) kemudian bayar *dengan sedih* *duit melayang* *sobs* Then beli ice cream, tangkap gambar, ha hilang arah tuju tak tahu nak pergi mana. Lepastu baru teringat, Laser Tag!!



Gua boikot McD sebenarnya. Tapi time tu dahaga gila & air yang jual semua above 2 MYR, Ice cream lagi la semua 8 ringgit & ni je satu satunya rm 1.50 terus bedal.

Lepas solat main Laser Tag. Haritu main Laser Tag rm15. Tetibe haritu rm 17 pulak. Aku pun, "tapi hari 15 je???" "dia dah naik dua ringgit dah." "15 ringgit je tak boleh ke????" "dua ringgit je naik...." "tapi mahal jugak. 15 please." "okay kali ni je. lain kali tak boleh dah." *lega* wakakaka. Kitorang pun ditempatkan kat satu waiting room sementara orang lain tengah main kat dalam.



Lepastu kitorang masuk la tempat nak main laser tag tu. Ada akak yang jaga tau satu ruang ni, akak tu lagi la sombong tahap ya Tuhan..... Laser Tag kan ada satu like jacket untuk pakai dan ada satu laser gun ni bertali la dekat situ. Lepas main, aku letak la jacket dekat tempat asal planning lepas letak jacket tu kat tempat dia baru nak sangkut balik gun tu kat jacket tu. Sebab gun & jacket tu berat. Entah idk how to explain....

And then baru letak jacket tu akak tu dah marah "Letak gun tu dekat jacket dia balik boleh tak?!" Hek eleh kerek betul. Sebelum letak gun tu, monolog sendiri. Baru sangkut gun tu balik. Tak reti sabar langsung heh.

Lepas Laser Tag, jalan tanpa arah tuju ke sana ke sini, masuk satu pet shop beli makanan kucing, tengok binatang binatang, solat Maghrib semua baru balik. Dalam pukul 12 kitorang sampai Curve tu, pukul 9 kot balik. We srsly had so much fun ^_^




Banyak kedai masuk, actually. Ada PC Apple camwhoring situ lagi -_- Then tengok Samsung s4 dengan Blackberry z10. Samsung lagi best la. BlackBerry cam lambat. Ada headphone pasang lagu dah memang tak dengar orang bercakap. Best gila. Harga dia pun terbaik, rm748.

Sementara tunggu Abg Mir amik, kitorang masuk Border. Baca buku jap, baru turun.



Ada bag ni, 2D bag, comel sangat. Macam kartun. Tapi sebenarnya bag biasa je. Mahal sangat.



Tak tahu nak cerita apa dah so............ lastly... yea... bye! :)






PAST
PRESENT