Afiqah Yusof, 18.
IG; afiqah.y
Twitter; afiqahyusof_

Here's where I membebel about things you're not interested in.



   Photobucket





2017!!!!!
Tuesday, January 24, 2017 @ 3:00 PM


Hi!!!!!

Macam biasa, it has been a while. Haha! Tiba tiba setahun sekali je update blog. I used to blog like 4 entries in one day kot LOL rindu zaman zaman takda life and all I had was my blog. Masatu pra-matang siot, balik balik sekolah je khusyuk menaip. Pastu tension kenapa spek makin lama makin tebal. Taktahu lah takda life ke takda kawan to talk to, (loner LOL).


Now, life is different.

Aku suka baca previous entries to see how my life was before. Macam-macam gaya betul. Rempit! Tapi I laughed going through everything. Memories, I didn't regret any of it. Walaupun memang duk facepalm and countlessly tanya diri sendiri apsal ko macamtu?? Sape ajar ko?????? :')


Image result for facepalm tumblr

Plus dulu mungkin jugak sebab aku macam tak berapa rapat dengan kakak aku to berceloteh dekat dia sebab dulu aku macam rasa jarak umur kitorang penghalang untuk kitorang rapat. Ceh nampak sangat pemikiran pun memang budak gila. Bagi aku masatu macam ok dia dah besar so dia ada kawan kawan besar dia. Aku rasa macam tak in lah nak cerita dekat dia pape. Tapi hubungan kitorang dulu sampai sekarang maintain je. Cuma dulu kurang bercerita.

Sekarang lain.

Balik sekolah, benda yang macam tak payah cerita pun aku cerita. Konon konon sebab dua dua dah besar. Jarak umur dah tak jadi penghalang lagi (padahal jarak umur still sama) tapi sebab aku rasa aku pun dah besar kot (LOL) (if you get me), aku dah tak rasa seperti seorang kanak kanak lagi. Kadang kadang kakak aku punya respond terhadap cerita aku,

"Tu je nak cerita? Tak menarik langsung"

Tapi tulah dia. Sebab tu kot aku dah tak berblog. Aku ada peneman untuk dengar cerita aku walaupun respond dia selalunya macam neraka. Haha. Selain tu kalau dia busy, aku voicenote lah kengkawan aku panjang panjang (thank you Whatsapp!). Voice note duration 15 minit tu kira cukup sekejap lah bila berceloteh. Kalau seminit punya voicenote tu maknanya cuma cakap benda remeh contohnya "weh kau tau tak harini aku terjatuh, sakit gila lepastu aku tengok bengkak rupanya, patutlah sakit" pastu elaborate pasal benda tu sampai seminit dua. Padahal boleh je taip benda tu. Baca pun takkan sampai 15 saat.

Hashtag cara cara membuang masa rakan paling efektif.

Anyway, 2017, 2017, 2017.

Selamat tahun baru y'alls!


Image result for fireworks tumblr gif

So kita throwback how 2016 went for me?

Actually I am more to nak tulis ni untuk mengingatkan diri I pada masa hadapan macam mana life I waktu waktu sekarang. Mungkin next 10 years bila aku baca balik aku akan hantuk kepala dekat dinding melihat diriku sekarang? Wkwkwk.

So! 2016 has been amazing. Ada la ups & downs, tapi I don't really remember yang downs downs (nyanyi; baby are you down down down down down?) tu. Too many good ones, I can never thank God enough for everything yang Dia pinjamkan. Tapi yang paling down sekali of course lah waktu SPM.


Image result for stressed tumblr gif

Ada yang okay tapi ada yang buat aku berzikir dan dan on the spot ingat Tuhan. Sampai tak tahu nak letak target apa. 100% aku tawakkal je. Aku dah cuba yang terbaik inshaAllah, cuma Sejarah tu bila ingat balik memang teruk. Dia punya hentam jawapan tu aku taktahu lah Sejarah planet mana aku amik. Harap penanda kertas tu sihat jelah lepas tanda. Takut serangan jantung ke hati ke sebab panas sangat tengok jawapan aku. Haha.

Moving on,  current obsession aku sekarang adalah Khai Bahar. Kenal tak kenal tak kenal tak y'alls? Kalau tak kenal bolehlah Google. Sebab memang Khai baru menaik dalam industri muzik ni. Kawan kawan aku semua tak tahu kewujudan dia & pelik kenapa aku obses dengan dia ni. Allia lah haritu aku ajak teman pergi jumpa dia, masa otw tu boleh Allia cakap "muka dia macam mana? I tak kenal langsung". Pastu tahlah berderet kengkawan dm aku tanya siapa dia sebab aku duk update igstory dengan muka dia.

"Dia ni siapa sebenarnya?"


Image result for seriously gif

100% kalau aku cakap dia boyfriend aku, dorang semua akan percaya. Tapi aku seorang yang jujur. LOL.

So nak dijadikan cerita, aku kenal dia ni daripada tahun 2014. Masatu famous dengan lagu Madah Berhelah, tapi taktau nama. Videos everywhere "Madah Berhelah versi lelaki" pastu semua cam amazed gila. Aku pulak sebagai seorang manusia yang asal pergi karaoke je mesti nyanyi lagu tu sampai terkeluar anak tekak, ofkoz lah amazed bila lelaki tarik high note macam neraka punya gempak. Sambil duduk pulak tu, kepala hotak dia. Tak tergelinciaq langsung, ha amek hang tergelinciaq aku bagi.

Aku cari punya cari, aku dapat tau nama dia Muhammad Khairul daripada account Youtube dia. Tapi masatu dia duk cover cover jelah. Tengok Youtube dia. Tapi tak layan semua lagu dia cover pun. Aku layan lagu Madah Berhelah tu jela. Malam siang bukak. Abang aku pun turut layannnnn. Search youtube "madah berhelah lelaki" 24/7 sampai pekak telinga.

Selang beberapa tahun, tiba tiba terjumpa video dia pi UiTM, semua fangirl dekat dia. Aku masatu macam aik??? Dah famous mamat ni??? Menarik! Mula lah aku follow dia dari situ. Tiba tiba opocot, ter-obses. Dia selalu buat live video dekat facebook. Memandangkan aku lambat join the club LOL, aku tengok semua live videos dia macam tengok movie. Terus tak tengok movie langsung! Tapi happy je tengok dia hahahahahha geli.

Image result for watching movies gif

Live videos dia semua berdurasi approx. sejam. So memang macam tengok drama. Padahal tengok dia nyanyi, layan komen orang, "hai hai hai" tu je lah dia ulang. Pastu bila dia penat nak reply comment laju macam pili air, dia nyanyi. Setiap kali nak end live dia akan nyanyi Hasbi Rabbi. Lullaby dia kata, sebab dia selalu live pukul 1/2 pagi.

Sampai lah aku amik SPM, still aku gila bayang dekat dia. Aku syak sebab tu tajuk lagu dia Bayang kahkahkah! Esok tu nak Ekonomi Asas, aku sibuk tengok video dia. Bila ingat balik sekarang memang menyesal dan bodo piang. Masa aku spm la dia invite nyanyi kat Smule. Smule pulak ada expiry date, kalau ko tak nyanyi nanti ko terlepas dan tak boleh join dah. Pastu aku pun gigih lah nak join jugak. Masatu dia open lagu Berpisah Jua. Aku pulak tak pernah dengar lagu tu. Pastu bayangkan gigih aku nak kena belajar melodi dia betul betul sampai mak aku turut tension sebab aku buat lagu aku sendiri? Haha. Dari pukul 2 pagi sampai lah pukul 9 pagi aku berusaha untuk nyanyi dengan perfect. Last last aku tidur dengan penuh penyesalan sebab tak study. Lusa SPM exam EA. Pungkoq.

As days goes by, SPM pun dah habis. Rutin aku adalah tengok dia. One day tu buat kali pertama aku tengok live dia secara live. Get what I mean? Haha so aku pun bersungguh spam "sebut nama saya sebut nama saya!!!" Tension gila sebab chat box tu laju. Tapi dia sempat tangkap setelah kali ke berapa aku copy paste.

"Hi Afiqah"

Pastu aku tak puas hati. Aku mahukan nama penuh! Jadi aku spam lagi, "sebut Afiqah Yusof!!!!" and again, setelah berapa kali tu dia sebut, "hai Afiqah Yusof". Aku punya menjerit masatu pukul 11 malam (nasib baik awal lagi) kat ruang tamu bertemankan kakak aku tengah tengok Running Man masatu. Pastu dia baru perasan aku tengah tengok Khai punya live dan dia selaku seorang kakak yang obviously tahu pasal obsession aku ni, dia cakap "suruh la dia sebut nama Fiqah?" Haha dia punya fokus tengok tv, tak perasan apa dah!

"Dia dah sebut lahhhh"

"Suruh lah lagi, kakak nak dengar"

So aku pun spam lah lagi. Sorry, Khai. Salahkan kakak saya.

"Afiqah Yusof... eh saya dah sebut dah tadi!! Hi Afiqah Yusof, selamat malam," dia cakap.

Related image

Please bayangkan malam tu betapa aku rasa selamatnya dan indahnya malamku. Menjerit almost hilang anak tekak. Haha hiperbola.

Tapi sayangnya, live video tu tak boleh rekod. So aku murung jugak lepastu sebab tak dapat tengok lagi.

Start tu, aku main piano lagu dia untuk amik attention dia (desperate) tapi dia tak notice. Tapi sebenarnya aku rasa dia notice je cuma dia jual mahal as a celebrity dan dia taknak reply! Haha. Sebab aku rasa mustahil dia tak notice, dia bukan Justin Bieber yang notifications tak stop. Kawan kawan aku comment video aku in total 50+ comments semua mention dia. They were trying to help me to get noticed. Tapi cam sia sia so I ended up deleting that vid sebab bengang.

Lepastu Khai ni jenis bila dia upload gambar kat ig, bila orang comment dia akan buat macam comment section tu chat box dia. So fans tanya, dia jawab. Selalunya dia main pickup line & mengada ngada kat situ layan his supporters. Pernah sekali tu I said ada notice tak my piano cover and he replied..


Masa tu lagi lah tak normal iolls. Tapi I cuba chill chillsszzzz jerrrrr sebab nak mengekalkan kewarasan.

Lepas lepastu, dia kerap berbigo live dan nama aku dah kerap dia notice sampailah aku dah tak kisah kalau dia notice ke tak. Gitchiuuu. Faaaast forward to December 18th 2016, malam sebelum tu pukul 3 pagi [17 Disember] dia Bigo live and update yang dia akan pegi London esoknya [18 Dec] and flight dia pukul 8 malam. Time tu dia video call dengan cousin dia, so macam dia tengah sembang dengan cousin dia la what time dia pegi semua. Tapi aku sebagai pendengar ni tak senang duduk. Mungkin aku patut kejar dia kat KLIA kalau aku nak jumpa dia? Terdetik sebegitu. So aku pun mengumpul keberanian untuk mintak abang aku hantarkan.

Cuak kot. KLIA bukan dekat. Dan dan masatu kaki dia terseliuh and tak boleh drive sangat.

Tapi aku still cuba.

And abang aku sebagai seorang abang yang memahami adik dia tak normal, dia pun agree right away. But kawan dia drive sebab dia sakit kaki (pilu) (terima kasih). Masa jumpa tu memang banyak benda aku menyesal sebab so many things I wanted to say semua tapi tak terkeluar sebab sangat menggigil (over lagi), so walaupun I was happy tapi still banyak menyesal la.



Second time jumpa dia dekat launching product MERIEL, supposed orang yang di invite je boleh pergi but I literally invited myself because I am d-bomb. Basically I whatsapp-ed orang MERIEL tu if I could join as Khai Bahar punya fan and she allowed me to join, so I sangat girang waktu tu. We had some agreements of course. And safe to say, 17 January [2nd time jumpa] was the best day yet in 2017 so far. Aku dah tak balik rumah dengan penuh penyesalan lagi (thank You God), in fact semua aku plan semua menjadi ok dah tak membiarkan gigil tu kuasai diri LOL. I can feel yang 2017 is going to be a good year (inshaAllah amin). Harap harap results nanti tak ruinkan I punya semangat sekarang ni. Haha!


Moving on, sekarang I am working dekat Laundry Cafe near my house. About 10 minutes jugak nak sampai kerja (dan I selalu lambat) (I'm sorry boss) LOL. Macam tak percaya jugak aku boleh bertahan kerja sebab I thought I'd last about a week or so je. Tapi alhamdulillah, dapat merasa perasaan orang orang berkerja and dah faham macam mana rasa sayang bila pegang duit dari titik peluh sendiri. Nak keluarkan rm5 untuk makan pun siap fikir adakah aku akan mati kalau tak makan? Sayang siot! Now I understand u, dad. Wakaka.

Baru berapa hari start 2017 tapi rasa macam banyak belajar jugak within this first month of 2017 ni.

Oh! Not to forget haritu I went to Langkawi with my family. First time naik cable car semua semua tu and such a good experience! Tapi I tak dapat nak rasa gayat dia sebab sibuk gelak dekat abangmir yang gayat sangat sampai tak bergerak, padahal benda tu slow je. Nak tertidur aku. Haha.

So okay, that's the end of my post here. Let's see adakah my next entry will be on 2018 pulak? Kah kah! Mari ikuti pengembaran saya mengejar Khairul Bahaq kehkehkeh.



PAST
PRESENT